Thursday, January 14, 2010

Penghantaran Untuk Pelanggan

Antara blouse yg telah siap dibungkus.

Pembungkusan.

Siap sedia untuk di courier.

Salam sejahtera. Alhamdulillah syukur kami ke panjatkan kerana semakin hari semakin ramai pengunjung yg mengunjung blog dan estore kami dan semakin banyak feed back yang kami terima. Kami rasa semakin bersemangat untuk melakukan perniagaan ini dgn lebih bersungguh-sungguh. Pelbagai jenis pertanyaan dan pesanan kami terima dan kami sememangnya cuba sedaya upaya untuk memberikan yg terbaik untuk para pelanggan kami. Sesungguhnya kami masih baru didalam perniagaan online ini dan amat berharap tunjuk ajar dan feed back para pelawat blog ini untuk mempertingkatkan lagi khidmat dan produk yg kami tawarkan. Jadi diharap para pelawat dapat membantu kami untuk memajukan lagi kedai online ini.
Beberapa hari ini saya juaga semakin sibuk menghantar produk yg telah dibeli oleh para pelanggan dan kami amat berhrapa para pelanggan kami berpuas hati dengan barangan yg mereka beli. Jika ada masalah didalam pembelian itu sila hubungi kami dgn kadar segera. Insya Allah kami akan menambahkan lagi produk2 kami untuk kepelbagaian pilihan para pelanggan.

Aturan cara penghantaran kepada pelanggan.
  1. Menerima tempahan dari para pelanggan.
  2. Mengesahkan penerimaan pembayaran
  3. Pengeluaran invoice/ resit.
  4. Pembungkusan
  5. Pengeposan
  6. Penerimaan oleh pelanggan.

No comments:

Post a Comment