Showing posts with label Promosi. Show all posts
Showing posts with label Promosi. Show all posts

Thursday, January 14, 2010

Penghantaran Untuk Pelanggan

Antara blouse yg telah siap dibungkus.

Pembungkusan.

Siap sedia untuk di courier.

Salam sejahtera. Alhamdulillah syukur kami ke panjatkan kerana semakin hari semakin ramai pengunjung yg mengunjung blog dan estore kami dan semakin banyak feed back yang kami terima. Kami rasa semakin bersemangat untuk melakukan perniagaan ini dgn lebih bersungguh-sungguh. Pelbagai jenis pertanyaan dan pesanan kami terima dan kami sememangnya cuba sedaya upaya untuk memberikan yg terbaik untuk para pelanggan kami. Sesungguhnya kami masih baru didalam perniagaan online ini dan amat berharap tunjuk ajar dan feed back para pelawat blog ini untuk mempertingkatkan lagi khidmat dan produk yg kami tawarkan. Jadi diharap para pelawat dapat membantu kami untuk memajukan lagi kedai online ini.
Beberapa hari ini saya juaga semakin sibuk menghantar produk yg telah dibeli oleh para pelanggan dan kami amat berhrapa para pelanggan kami berpuas hati dengan barangan yg mereka beli. Jika ada masalah didalam pembelian itu sila hubungi kami dgn kadar segera. Insya Allah kami akan menambahkan lagi produk2 kami untuk kepelbagaian pilihan para pelanggan.

Aturan cara penghantaran kepada pelanggan.
  1. Menerima tempahan dari para pelanggan.
  2. Mengesahkan penerimaan pembayaran
  3. Pengeluaran invoice/ resit.
  4. Pembungkusan
  5. Pengeposan
  6. Penerimaan oleh pelanggan.

Monday, January 11, 2010

Promosi Jualan Tahun Baru!

Sempena pembukaan kedai ladiescentral pada tahun baru ini. Kami ingin memberikan discount kepada para follower kami untuk setiap barangan yg dibeli dari blog ini. Anda hanya perlu menjhadi follower blog ini dan anda secara automatik layak menerima kopun diskaun sebanyak RM2 ringgit untuk setiap barangan yg anda beli. Tawaran ini sah sehingga 25hb Januari 2010 sahaja. Dan semua barang adalah tertakluk kepada kesemua stok yg masih ada. Oleh itu cepatlah menjadi follower blog kami. Insya Allah tak lama lagi kami akan masukkan pelbagai jenis tudung untuk dijual didalam blog ini.